Skip to main content

Kelebihan Akaun Simpanan GAP Public Gold

 Satu kelebihan akaun simpanan GAP Public Gold adalah boleh beli emas serendah RM100. Ya RM100 sahaja.

Jika RM100, berapa gram yang saya dapat?

Ia bergantung kepada harga emas semasa kita membuat belian emas di web Public Gold.

Public Gold akan memaparkan harga emas untuk setiap gram dan juga berat emas untuk RM100. Contoh hari ini 13 September 2021, harga emas GAP Public Gold RM264 per gram. Untuk RM100 = 0.3788 gram.



Simpanan emas GAP Public Gold ini adalah bagi memudahkan kita mendapatkan emas fizikal. Emas adalah simpanan fizikal. Katakan setiap bulan selama 6 bulan, kita sisihkan RM100 secara tetap ke akaun emas GAP, jumlah emas fizikal yang sudah ada dalam GAP kita dianggarkan sekitar 2-3 gram.

Jadi kita sudah boleh keluarkan 1 atau 2 gram emas fizikal. Atau 0.5 Dinar. Sekiranya dalam akaun GAP kita sudah ada 11 gram, maka kita sudah boleh keluarkan emas fizikal 10gram bar dengan senyuman.

Keluarkan emas fizikal bermaksud emas itu ada di tangan. Boleh dipegang. Pegang, lihat dan rasa emas supaya tarikan terhadap emas menjadi lebih kuat. Lebih baik simpan emas daripada simpan pakaian fesyen atau perabot yang ada tarikh luput atau out of trend.

Akaun GAP Public Gold sangat sesuai untuk orang yang bermodal rendah, akaun GAP sangat membantu. 

Antara kelebihan lain adalah kita boleh request supaya emas terus dihantar ke rumah. Tanpa perlu ke cawangan Public Gold. Perkhidmatan penghantaran terus ini sangat memberi manfaat ketika PKP semasa negara dilanda pandemik Covid-19.

Public Gold akan kurier emas dengan pos berinsuran. Setakat artikel ini ditulis, sehingga 20gram emas. Sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini atau emas hilang dalam perjalanan, ada insuran yang cover.

Bayangkan tuan puan membeli emas dengan individu atau syarikat yang tidak ambil berat akan hal ini. Sudah tentu kita akan menanggung kerugian apabila emas hilang dalam perjalanan. 

Public Gold boleh poskan emas dengan berat 1gram, 5 gram, 10gram, 20gram, 1/2 Dinar, 1 Dinar dan 5 Dinar. 


Kelebihan lain akaun GAP Public Gold adalah tiada yuran pendaftaran dan komitmen bulanan. Kita boleh simpan ikut berapa duit yang kita mahu selamatkan setiap bulan. Mesti simpan setiap bulankah? Jawapannya tidak. Ada duit lebih simpan.

Akhir sekali tidak perlu bayar upah simpan walaupun kita letak 100gram emas di Akaun GAP kita.

Kita ringkaskan semula 3 kelebihan Akaun GAP Public Gold di sini:

1. Simpanan serendah RM100.
2. Penghantaran terus ke rumah dengan pos berinsuran
3. Tiada yuran pendaftaran dan komitmen bulanan.
4. Tiada caj upah simpan.

Berminat untuk tahu bagaiman buka akaun GAP? Klik sahaja di sini untuk buka akaun. Hubungi Puan Wan untuk dapatkan maklumat lanjut.

Artikel ini ditulis oleh;
Puan Wan Rohani, PG00108170
t.me/NotaEmas_WR

Comments

Popular posts from this blog

Tukar Duit Kepada Emas Elak Boros Belanja

Hidup di tahun 2021. Semasa wabak Covid-19 melanda kebanyakan negara tidak terkecuali Malaysia. Ramai terkesan dengan kelembapan ekonomi yang terkesan daripada penularan wabak. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi memutuskan rantaian wabak menjejaskan kebanyakkan sektor ekonomi negara. Belanja dengan bijak, urus kewangan yang ada, jana pendapatan keluarga mengikut peluang dan ruang yang ada. Selain itu duit lebihan boleh ditukar kepada emas supaya tidak terbelanja. Maklum sahaja, perniagaan online semakin mencanak. Jika tidak kuat iman boleh tergugat poket. Maka selamat duit tunai jika awal telah ditukar dalam bentuk emas. Emas mengekalkan nilai wang. Sukar untuk dibelanjakan. Mudah dicairkan apabila hendak guna duit semula. WanR PG00108170 19 Feb 2021

Simpanan Pendidikan Anak Dengan Emas

  Public Gold juga telah memperkenalkan akaun junior khusus untuk anak-anak di bawah 18 tahun. Sama seperti akaun bersama Tabung Haji, ibu bapa atau penjaga bertanggungjawab ke atas akaun tersebut.  Menjadi satu keperluan bagi ibu bapa supaya menyediakan tabung pendidikan untuk anak-anak. Menyediakan tabungan pendidikan anak sejak dari anak kecil adalah lebih baik. Kita ambil sifir mudah cara simpanan dalam bentuk emas untuk tabung simpanan anak. Katakan sebulan, ibu ayah peruntukkan RM100 untuk akaun GAP anak sejak anak lahir secara konsisten, selama 10 tahun anggaran emas terkumpul adalah sekitar 40 - 50 gram. Jumlah terkumpul simpanan emas selepas 18 tahun adalah anggaran 70 - 80 gram emas. Nilaian emas apabila ditukar kepada Ringgit Malaysia bergantung kepada harga semasa ketika itu. Kita tidak memberi jaminan bahawa nilai emas akan meningkat berganda-ganda. Namun biasanya nilai emas meningkat dalam tempoh jangka masa yang panjang. 10 atau 18 tahun adalah tempoh masa yang cukup lam