Satu kelebihan akaun simpanan GAP Public Gold adalah boleh beli emas serendah RM100. Ya RM100 sahaja. Jika RM100, berapa gram yang saya dapat? Ia bergantung kepada harga emas semasa kita membuat belian emas di web Public Gold. Public Gold akan memaparkan harga emas untuk setiap gram dan juga berat emas untuk RM100. Contoh hari ini 13 September 2021, harga emas GAP Public Gold RM264 per gram. Untuk RM100 = 0.3788 gram. Simpanan emas GAP Public Gold ini adalah bagi memudahkan kita mendapatkan emas fizikal. Emas adalah simpanan fizikal. Katakan setiap bulan selama 6 bulan, kita sisihkan RM100 secara tetap ke akaun emas GAP, jumlah emas fizikal yang sudah ada dalam GAP kita dianggarkan sekitar 2-3 gram. Jadi kita sudah boleh keluarkan 1 atau 2 gram emas fizikal. Atau 0.5 Dinar. Sekiranya dalam akaun GAP kita sudah ada 11 gram, maka kita sudah boleh keluarkan emas fizikal 10gram bar dengan senyuman. Keluarkan emas fizikal bermaksud emas itu ada di tangan. Boleh dipegang. Pegang, lihat ...
Bijak Kewangan Celik Emas